Sunday, December 09, 2012

Maksud Najis



Dari segi bahasa : najis bermaksud benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
Dari segi syarak : najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.
Menurut Rosli Bin Othman dalam bukunya Al-Mukhtasar Al-Mufid (Ringkasan Hukum Solat dan Taharah) mengatakan bahawa :
“Najis juga boleh diertikan sesuatu benda yang kotor pada pandangan syara yang menghalang sahnya solat dan ibadah-ibadah yang pada maknanya.”

Oleh itu kesimpulan dari maksud di atas najis boleh didefinasikan kepada tiap-tiap benda yang kotor dan jijik dan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat untuk mengerjakan solat.
Sebelum melakukan solat, hendaklah terlebih dahulu membersihkan tubuh badannya dan pakaiannya dari segala najis. Firman Allah SWT :
“Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.” (Al-Muddatthir : 4)
Bahagian Najis

Najis itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Mughallazah ( berat ) Mutawasitah ( sederhana ) dan juga Muhaffafah (ringan)












1 comment:

  1. Penjelasan yang begitu ringkas tapi memudahkan pemahaman !

    ReplyDelete