Sunday, December 09, 2012

Najis Mughallazah



   Najis Mughallazah 

Merujuk kepada buku “Indahnya Hidup Bersyariat” karangan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid mengatakan bahawa :
“Najis Munghallazah ialah najis berat iaitu najis babi dan anjing. Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi, kencing, daging, kulit dan sebaginya dikira najis munghallazah. Ini termasuk juga anak yang lahir salah satu daripadanya.
Cara membersihkan najis mughallazah .

Cara menyucikan najis mughallazah ialah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali. Sekali dengan air tanah (air yang dicampur dengan tanah yang suci). Kemudiaan dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali ditempat yang terkena najis sehingga hilang ain, bau dan rasanya. Jika najis itu tidak hilang walaupun  telah dibasuh  beberapa kali, maka prosesnya hendaklah  diulang sehingga tiada kesan najis tersebut.
Proses ini dinamakan samak, atau sertu.





Mengapa kita perlu melakukan SAMAK ?
Ianya adalah perintah agama. Sebagai seorang yang beriman dengan hukum Allah, kita mestilah mematuhi segala perintahnya. Disitulah terletaknya keimanan kita dengan hukum Tuhan.
Suruhan ini adalah berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sucinya bekas/barangan salah seorang kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya tujuh kali. Air yang pertamanya hendaklah dicampur dengan tanah".  ( Riwayat Muslim)

Ada  juga kajian yang membuktikan bahawa di dalam najis mughallazah ini terdapat sejenis kuman yang hanya boleh di matikan dengan hanya air yang mengandungi tanah. Maka kajian ini membuktikan betapa setiap perintah Allah s.w.t  itu ada hikmah di sebaliknya yang di luar jangkauan akal manusia.

Sedikit penambahan
Merujuk kepada persoalan najis mughallazah, Islam telah menetapkan kita larangan-larangan tertentu terhadap anjing dan babi serta keturunan dari dari  keduanya. Maka sebagai seorang muslim wajiblah kita mematuhinya. 



Jika dilihat dari sudut saintifiknya, memang banyak hikmah mengapa Islam melarang umatnya mendekati babi(termasuk dagingnya, tabiat hidupnya, kandungan bakteria yang memudaratkan sistem badan manusia dan lain-lain) semuanya berkaitan dengan babi. 

            Bagi anjing pula yang dianggap binatang peliharaan yang jinak jika dilihat dari sudut saintifik dalam konteks pembelaannya, isi kandungan dagingnya, tabiat dan habitatnya. 

Kajian telah membuktikan air liur anjing mengandungi bakteria yang membahayakan manusia. Ini kerana anjing tidak berpeluh tetapi pengomoskawal-aturannya adalah melalui lelehan air liur dari mulutnya yang sentiasa ternganga
           
Satu kajian yang telah diterbitkan dalam journal sains barat telah membuktikan tentang kesan gigitan anjing sebagai binatang peliharaan jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia.

 Rasulullah SAW sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. 

Air liur anjing merupakan najis mughollazah yang merbahaya, Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita menyamak bekas yang dijilat oleh anjing, sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, dengan enam kali air bersih dan satu kali air yang bercampur dengan lumpur atau tanah.

Anjing tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ia binatang yang najis tetapi juga binatang yang bertaring dan menangkap binatang dengan cara menerkam. Walau bagaimanapun jika anggota badan kita kering, tersentuh dengan bulu anjing yang juga kering, hukumnya tidak najis. Anjing boleh digunakan untuk berburu dan bahagian yang digigit oleh anjing hendaklah dibuang. Bakinya boleh dimakan.

2 comments:

  1. Contohnye kita ragu ragu pada dinding yg dicat dgn berus.. kita ragu ragu penggunaan berus itu iaitu berus babi ...selepas itu kain yg baru siap dibasuh iaitu masih lembab lg terkena pada dinding tersebut....adakah wajib kita samak baju kita itu dgn menggunakan air tanah...

    ReplyDelete
  2. Mohon penjelasan jika sesuatu benda penah diguna misal nya periuk kuali, peti ais pingan mangkuk sudu garfu penah digunakan untuk masak kinzir...tapi telah bersih dari ain, bau dan rasanya...klau wajid adakah cara nya sama kita membersihkan najis seperti yg muqhollazah....dan bahagian didalam rumah bagai mana kita nak membersihkan dgn keadaan yg luas dan byk...

    ReplyDelete