Imam Al-Syafie tokoh ilmuan
yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak
kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan
kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya
ialah :
1. Imam al-Syafie pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya
hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
2.Beliau Berkata :
Barangsiapa
ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan
pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa,
menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang
dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut,
maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang
lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada
nasihat Imam al-Syafie ialah :
1. Menjauhi maksiat kerana maksiat merupakan
hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak
akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
2. Masa
itu amat berharga bagi seorang pelajar . Oleh itu elakkan dari melakukan
sebaarang aktiviti yang tidak berfaedah.
3. Setiap amalan-alaman sunat yang dilakukan hendaklah secara tersembunyi
dan tidak diketahui oleh sesiapapun , bukannya dengan cara untuk
menunjuk-nunjuk.
4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa
menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau
akhiratnya.
5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu
mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara
yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita
pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi
memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul
dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu,
hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya
orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut
di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang)
apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat
berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 :
122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa
sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan
memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap
muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan
menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang
dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan
memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]
Tahniah!wahai sahabatku kerana dapat menghasilkan blog yang menarik dan banyak memberi informasi kepada pengunjung blog ini. Oleh itu,izinkan saya berkongsi blog dengan anda.
ReplyDeleteSubhanallah! Informasi yang cukup berguna ! Semoga blog ini memberikan banyak ilmu dan informasi terhadap golongan muda kini . Amin!
ReplyDelete