Contoh Najis Mutawasitah Sumber dari Sharil.com |
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
Masa : 8.45-9.15 Pagi (30 minit)
Tarikh : 09 Oktober 2012 (Selasa)
Kelas : 4 Pintar
Bilangan Pelajar : 26 orang
Mata Pelajaran : Ulum Syar’iyah (Ibadah)
Tajuk : Jenis-jenis Najis (Najis Mutawasitah)
Hasil Pembelajaran : Di akhir pelajaran murid dapat
: Aras 1 - Menyebut jenis-jenis najis
: Aras 2 – Menyatakan contoh-contoh najis mutawasitah
: Aras 3 – Menunjukka cara-cara membersihkan najis mutawasitah.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui maksud bersuci daripada najis dan hadas.
Konsep : Menjana dan mengaplikasi idea serta membuat ramalan.
Bahan Bantu Mengajar : 1- Komputer
: 2 –Pemancar LCD
: 3-Kad Gambar
: 4 – Air dan sabun
: 5 – Sapu tangan
Penerapan Nilai : Kebersihan, beradab.
Langkah / Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti
|
Catatan
| |
Guru
|
Murid
| |||
Langkah 1
Set Induksi
(5 minit)
|
Memberi salam dan meminta murid membaca doa.
Guru menyuruh murid meneka apa yang ada di dalam kotak misteri.
|
Menjawab salam guru dan membaca doa beramai-ramai
Murid meneka apa yang ada di dalam kotak misteri.
|
KBKK:
Pemikiran refleksi.
ILMU:
Moral
BBM:
Kotak misteri
Air dan sabun
| |
Langkah 2
Penerangan dan penstrukturan idea
(10 minit)
|
Pengertian dan contoh-contoh najis mutawasitah
|
Guru menerangkan pembahagian najis dan maksud najis mutawasitah
Guru meminta beberapa orang murid datang kehadapan untuk mencabut kad gambar contoh najis mutawasitah di dalam kotak misteri.
|
Mendengar penerangan guru sambil memandang power point.
Murid datang kehadapan secara bergilir-gilir untuk mencabut kad dan menyebut contoh najis berdasarkan kad
|
KBKK:
Menjana idea
ILMU:
Kesihatan
Matematik
NILAI:
Kebersihan
BBM:
Kotak misteri
Kad gambar
|
Langkah 3
Aplikasi idea
(10 minit)
|
Simulasi cara menyucikan najis mutawasitah
|
Guru menunjukkan cara menyucikan najis mutawasitah
Guru menyuruh murid membuat simulasi cara-cara menyucikan najis mutawasitah.
|
Murid memerhati perbuatan guru.
Murid membuat simulasi cara-cara menyucikan najis mutawasitah seperti yang ditunjukkan oleh guru.
|
KBKK:
Menjana idea
ILMU:
Kesihatan
NILAI :
Sabar
Kebersihan
BBM:
Air, sabun
Sapu tangan.
|
Langkah 4
Penilaian dan penutup
(5 minit)
|
Latihan bertulis
Membuat rumusan
|
Guru membuat rumusan terhadap tajuk
Mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan memberi penerangan
Menyuruh murid membaca doa penutup
|
Mendengar rumusan dari guru
Mengambil lembaran kerja dan mendengar penerangan guru.
Membaca doa penutup dan mengucapkan terima kasih.
|
NILAI:
Patuh
BBM:
Lembaran Kerja.
|
No comments:
Post a Comment