Tuesday, December 11, 2012

Mutiara Kata .


MUTIARA KATA PUJANGGA
1-Mutiara kata:
“Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka”
                                                                                        ~ Prof.Dr.Hamka ~


2-Kata-kata Pujangga:
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." 

3-Kata-kata Pujangga: 
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."


4-Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."


5-Kata-kata Pujangga: "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."


6-Kata-kata Pujangga: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."


7-Kata-kata Pujangga: "Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan."


8-Kata-kata Pujangga: "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."


9-Kata-kata Pujangga:
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."


10-Kata-kata Pujangga: "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya."


11-Kata-kata Pujangga: "Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil."


12-Kata-kata Pujangga:
"Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."


13-Kata-kata Pujangga: "Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."


14-Kata-kata pujangga:
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata." (Kiriman seorang kawan)



15-Kata-kata Pujangga:
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."



1 comment:

  1. Mutiara kata yang cukup memberi inspirasi ! Semoga penulis dapat berkongsi lebih banyak maklumat sebegini . =)

    ReplyDelete