Najis Mutawassitah
Najis Mutawassitah adalah najis sederhana
yang merangkumi semua najis selain najis mukhaffafah dan mughalladzah. Ini
termasuklah tahi, kencing, darah, nanah,muntah, air liur basi, bangkai, arak
dan lain-lain. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian seperti :
- Najis Ainiah, iaitu
najis yang masih wujud ainnya atau kesannya seperti warna, rasa atau bau.
Najis ini hendaklah disucikan menurut syara berdasarkan bahagiannya yang
akan dinyatakan. Contohnya darah, nanah dan muntah.
- Najis Hukmiah, iaitu
najis yang sudah hilang ainnya dan sudah tiada kesannya seperti air kencing
yang sudah kering tetapi belum disucikan menurut syara. Keadaan ini
disebabkan kesan panas dan angin menyebabkan najis tersebut telah hilang
sehingga tiada warna, rasa dan baunya lagi.
Cara menyucikan najis mukhofafah
Najis a’iniah hendaklah dicuci sehingga tiada lagi sebarang sifat
warna, bau dan rasa. Seterusnya hendaklah dialirkan air mutlak
sekurang-kurangnya sekali. Daripada Asma ra menyatakan : Telah datang seorang
perempuan kepada Nabi saw lalu berkata :
“Apa pandanganmu tentang darah Haid yang
terkena pakaian. Nabi saw bersabda: Hilangkan kesan darah tersebut, kemudian
gosokkan dengan air, kemudian basuhlah ia, kemudian kamu sembahyanglah
dengannya”. (Riwayat Al-Bukhari)
Najis hukmiah memadailah dengan mengalirkan atau Menjirus air mutlak pada tempat yang terkena najis.
Najis hukmiah memadailah dengan mengalirkan atau Menjirus air mutlak pada tempat yang terkena najis.
Najis yang dimaafkan.
- Bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya apabila di belah ketika hidup seperti semut,lalat,nyamuk,lipas dan sebagainya.
- Sedikit darah ,nanah,muntah dan sebagainya.
- Najis yang tidak kelihatan pada mata kasar sperti najis yang terdapat pada kaki lalat ,nyamuk dan sebagainya.
Maklumat sebegini harus disebarkan lagi dgn lebih meluas . Tidak ramai anak muda yang masih mengingati apa yang dipelajari mereka dahulu .
ReplyDeleteGood info. Anak punya projek sampai Sini memcari😊. Thank you.
ReplyDelete