Sunday, December 09, 2012

Najis Mukhaffafah


Najis Mukhaffafah

Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibunya dan umurnya belum mencapai dua tahun. Air kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu ibunya hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. Ali ra menyatakan bahawa nabi SAW bersabda :

“Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh”. (Riwayat Ibnu Majah)
Cara Menyucikan Najis Mukhafafah

Najis Muhaffafah  pula dibersihkan melalui cara memadai dengan memercikkan air atas benda yang terkena najis muhaffafah dengan tidak di syaratkan mengalir air. Adapun air kencing kanak-kanak perempuan dibersihkan seperti membersihkan najis mutawasitah.

Sekarang ini , ramai ibu-ibu berkerjaya yang tidak sempat menyusukan anak mereka. Ini menyebabkan mereka  memberikan susu formula kepada anak mereka. situasi seperti ini akan menyebabkan susu ibu tersebut kering dari payudaranya dan terpaksalah mereka memberikan susu formula kepada anak-anak mereka. Air kencing yang dikeluarkan oleh anak mereka ini tidak dikira sebagai najis mukhaffafah walaupun umur anak mereka tidak sampai dua tahun. Najis anak mereka hendaklah dibasuh sepertimana najis mutawassitah.

No comments:

Post a Comment